All News

AGN SERTAI PROMOSI PROGRAM SARJANA MUDA SECARA DALAM TALIAN KEPADA PELAJAR PROGRAM ASASI PENGURUSAN SESI 2020/2021

promo asasi 2021
Unit Media AGN: Semalam telah berlangsungnya Sesi Promosi Sarjana Muda oleh Akademi Golf Nasional UUM (AGN) secara dalam talian bersama pelajar Program Asasi Pengurusan UUM Sesi 2020/2021.
 
Program Promosi ini dianjurkan oleh Pusat Asasi Pengurusan UUM bersama dengan Pusat-Pusat Pengajian UUM yang bermula dari Isnin lepas.
 
Menggunakan kesempatan ini, AGN mengetengahkan program akademik sulungnya, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Golf) dengan Kepujian [BBA (Golf Mgmt) (Hons)] yang unik dengan struktur pengajian berteraskan mod 3u1i (3 Tahun di Universiti, 1 Tahun di Industri), kurikulum generik meliputi bidang pentadbiran perniagaan dengan pengkhususan kepada pengurusan golf, kursus praktikal golf untuk pelajar yang tidak tahu bermain golf serta kemahiran-kemahiran "hands-on" pengurusan golf dan pelan latihan golf berterusan sepanjang pengajian.
 
Sesi bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi.
 
AGN mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur, Pusat Asasi Pengurusan UUM kerana memberikan peluang untuk turut serta dalam program promosi ini.
 
Tamat.