All News

AGN MEDAN PERKENALAN PENGURUSAN TERTINGGI UUM COB DENGAN SUKAN GOLF

klinik golf pengurusan tertinggi uum cob

Unit Media AGN: Pada Khamis lepas, telah berlangsungnya Klinik Golf Khas bersama dengan Pengurusan Tertinggi (PNC, Dekan & Pengarah) Kolej Perniagaan UUM (UUM COB).
 
Klinik Golf patuh SOP Aktiviti Sukan ini disertai oleh YBrs. Prof. Dr. Russayani bt. Ismail, Penolong Naib Canselor UUM COB bersama barisan Dekan-Dekan dan Pengarah dibawah UUM COB - YBrs. Prof. Dr. Salniza bt. Md. Salleh, Dekan SBM; Prof. Dr. Nor Hasni bt. Osman, Dekan STML; Prof. Madya Dr. Muhammad Nasri Md Hussain, Dekan IBS; dan Prof. Madya Dr. Arpah bt. Abu Bakar, Pengarah Unit AACSB.
 
Turut serta bersama adalah Puan Hazliza Hassan, Penolong Pendaftar Kanan UUM COB & SEFB; En. Mohd Nasiruddin Abu Ghani, Penolong Pendaftar STML; bersama tiga orang staf UUM COB.
Klinik Golf ini dikendalikan mengikut norma baru dan patuh SOP oleh Pro Wan Rosni b. Wan Chik, Ketua Jurulatih Golf AGN dengan bantuan En. Muhd Afif Muhd Razif, Pembantu Jurulatih Golf dan En. Sazanur Iman Salenin, pelajar praktikum AGN yang juga atlit golf Akademi.
 
Dr. Mohd Adan Omar, Timbalan Pengarah (Akademik) mewakili Pengarah yang sedang bertugas rasmi di luar kawasan mengalu-alukan pihak Pengurusan Tertinggi UUM COB dan berharap minat serta pendedahan kepada sukan golf dapat diperluaskan dengan lebih berimpak kepada komuniti UUM.
 
Sekian.