All News

PENGALAMAN MENGUJAKAN SUTRANITA UUM MEMUKUL BOLA GOLF

 
 
Klinik Golf Sutranita ini dengan penyertaan 10 orang ahli diadakan selepas waktu pejabat dengan mematuhi SOP Sukan yang ditetapkan dengan mengamalkan norma baharu.
 
Prof. Madya Dr. Mohd Sobri bin Don, Pengarah AGN menyambut baik cetusan idea untuk melibatkan wanita dalam sukan golf menerusi program ini yang diangkat oleh Mejar Norzilah binti Haji Aziz, Timbalan Pengarah (Aktiviti) Pusat Kokurikulum UUM.
 
Tambahan lagi, beliau amat mengalu-alukan semua pihak untuk mengikut siri program-program golf komersial yang ditawarkan seperti Klinik Golf, Golf Lesson, Pakej Korporat serta pakej-pakej 'mix & match' golf.
 
Sesi Klinik Golf Sutranita akan bersambung pada 17hb Mac 2021 (Rabu) dan akan tamat pada 22hb Mac 2021 (Isnin).
 
Sekian.