All News

AKADEMI GOLF NASIONAL BERBICARA TENTANG GOLF & STUDY: UUMNGA'S WAY

kopio

 

Unit Media AGN: Akademi Golf Nasional UUM (AGNUUM) dengan kerjasama Unit Pemasaran UUM telah mengadakan Sesi FB Live Sembang Biskut Kering Kopi 'O" pada Khamis yang lalu dengan membawa tema "Golf & Study: UUMNGA's Way".
 
Sesi FB Live ini yang bermula pada jam 10.00 pagi dihoskan oleh Puan Norazlin bin Abd Jalil, Pengarah Pemasaran UUM dan disertai secara fizikal di UUM Manager's Coffee oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sobri bin Don, Pengarah AGN; Pro Wan Rosni bin Wan Chik, Ketua Jurulatih Golf AGN; dan saudara Sazanur Iman bin Salinan, pelajar atlit golf AGN. Ahli panel alumni iaitu En. Muhammad Wafiyuddin bin Abdul Manaf dan Cik Hillferah Tan menyertai Sesi FB Live menerusi aplikasi Webex.
 
Intipati perbincangan dalam sesi ini lebih berkisar kepada memperkenalkan AGN, program akademik sulungnya BBA (Golf Mgmt) (Hons), dan Program Kecemerlangan Sukan Golf (PKS) Golf UUM untuk atlit bakat muda dalam golf.
 
Gimik 'warming-up' pada permulaan sesi dan 'warming down' sebagai penutup sesi yang dipersembahkan oleh pelajar AGN sendiri iaitu saudara Muhammad Azren bin Noor Azam, Kuhanesh A/L Ganesan dan Umar Khushairi bin Mohd Kamal serta diikuti oleh sesi demonstrasi golf oleh Pro Wan Rosni Wan Chik bersama saudara Sazanur Iman.
 
Turut serta menerusi Webex adalah Prof. Madya Dr. Zaheruddin bin Othman, Timbalan Pengarah (Pentadbiran & Pembangunan) AGN; Dr. Mohd Adan bin Omar, Timbalan Pengarah (Akademik) AGN; dan En. Mohd Rom bin Muslim, Pensyarah AGN dan ahli rujukan industri golf.
 
Untuk menonton semula Sesi FB Live, boleh klik pada link video ini: https://www.facebook.com/universitiutaramalaysia/videos/469157937848509
 
Sesi FB Live ini tamat pada jam 11.15 pagi.
 
Sekian.