All News

KOLEJ KETENGAH SDN. BHD. RISIK PELUANG KERJASAMA DENGAN AKADEMI GOLF NASIONAL DI BUMI UUM SINTOK

ketengah

1 Mac 2021: Akademi Golf Nasional UUM (AGN) telah menerima kunjungan dari Kolej Ketengah Sdn. Bhd. (KKSB) pada hari ini jam 2.30 petang disambut oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sobri bin Don, Pengarah AGN dengan mesra dan patuh SOP di Anjung Tamu UUM yang indah nan permai.
 
Hadir sebagai anggota delegasi adalah Encik Zaidi bin Muda, Pengerusi KKSB; Dato' Seri Wan Marzuki bin Wan Sembok, Pengerusi Ketengah Properties Sdn. Bhd; Encik Aidi bin Ahmad, Pengerusi Ketengah Perwira Sdn. Bhd; Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Urusan KKSB; dan Dr. Azman bin Mohamad, Ketua Pegawai Urusan Ketengah Properties Sdn. Bhd.
Sebagai permulaan lawatan, delegasi KKSB diberikan taklimat oleh staf Anjung Tamu tentang UUM, Universiti Pengurusan Terkemuka di Rimba Hijau.
 
Seterusnya, satu perbincangan diadakan bagi menerokai ruang dan peluang untuk AGN dan KKSB bekerjasama terutamanya dalam bidang pengurusan golf. Sesi perbincangan berakhir pada jam 4.30 petang.
 
Turut hadir Prof. Madya Dr. Zaheruddin bin Othman, Timbalan Pengarah (Pentadbiran & Pembangunan) AGN; Pro Wan Rosni bin Wan Chik, Ketua Jurulatih Golf AGN; dan Encik Nik Kamarul Anuar bin Abdullah, Pegawai Tadbir AGN.
 
Sekian.