All News

SANTAI RAMAH MESRA PELAJAR ATLET AGN BERSAMA PENGURUSAN INASIS YMU

santai agn ymu
 
26 Januari 2021: Hari ini telah berlangsungnya Sesi Pelajar Akademi Golf Nasional UUM (AGN) Bersama Pihak Pengurusan Inasis YMU yang diadakan dalam norma baru mengikut SOP PKP yang ketat.
 
Tetamu yang hadir ke AGN untuk Sesi adalah Pengetua Inapan Siswa (Inasis) YMU (Yayasan Albukhary - Bank Muamalat), Encik Azhar Anis Mohammad bersama Timbalan Pengetua, Prof. Madya Dr. Jafni Azhan Ibrahim.
 
Sesi yang bermula pada jam 12.00 tengahari ini disertai oleh seramai 20 orang pelajar atlet AGN yang berada di kampus bagi mengikuti program latihan PKS Golf yang terpaksa dihentikan bagi memenuhi SOP PKP yang sedang beroperasi sekarang.
 
Pertemuan secara santai ini diadakan bagi memperkenalkan pucuk pimpinan Inasis YMU yang baharu kepada para pelajar atlet AGN serta memberi peluang untuk mendapatkan penjelasan lanjut untuk isu-isu berbangkit berkaitan dengan pengurusan Inasis.
 
Mengamalkan konsep pengurusan terbuka kepada teguran, idea dan saranan pengguna, Encik Azhar berharap supaya pelajar atlet AGN dapat memberikan sokongan kepada setiap aktiviti yang diadakan oleh Inasis, mempamerkan peribadi dan personaliti yang baik dan bertanggungjawab, serta bertindak dengan kapasiti sebagai seorang pelajar universiti.
 
Sesi tamat pada jam 1.00 tengahari dengan edaran bungkusan makan tengahari kepada pelajar atlet AGN selari dengan SOP PKP sedia ada.