PROGRAM JOMNIAGA@NCER DI PERLIS BERKENAAN TEKNIK PEMASARAN DIGITAL MELALUI TIKTOK
Program Jomniaga@NCER di perlis diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 14 Julai 2022
Masa : 9.00 pagi - 1230 tengah hari
Tempat: (Khamis ) : Pusat empower NCER Perlis
Kehadiran:
Seorang staf Akademi Golf Nasional UUM
2 orang pelajar Akademi Golf Nasional UUM
Seorang staf Pusat Empower NCER Perlis
15 orang peserta Jomniaga@NCER Perlis
Objektif:-
i) Memenuhi jemputan pihak Projek empowerNCER kepada pelajar AGN sebagai penceramah Program Jomniaga@NCER Perlis
ii) Mengetengahkan jenama AGN kepada masyarakat umum dan rakan industri berpotensi untuk kerjasama yang hadir di dalam program tersebut.
iii) Membuat perkongsian ilmu dengan peserta program bagi tujuan pengembangan skil kendiri dan penerapan sifat keusahawanan.
Pihak Pusat Empower@NCER Perlis dan para peserta menyambut baik kedatangan pihak AGNUUM untuk member syarahan berkenaan teknik pemasaran digital melalui tiktok.
Program berjalan dengan lancar dan merupakan satu titik permulaan bagi jalinan kerjasama pada masa yang akan datang bagi memenuhi keperluan KPI teras 3
Para Pelajar dapat mendedahkan diri kepada pengalaman mengendalikan program luar bersama komuniti
Dapat mewujudkan hubungan dengan pihak penganjur untuk potensi kerjasama lanjut secara lebih erat dan berkesan serta mempromosikan jenama AGNUUM pada masyarakat setempat.